Wednesday, December 3, 2008

Contoh karangan pelajar - Peg Kee

Ini ialah karangan Peg Kee. Tahniah Peg Kee kerana karangan anda terpilih.

Perhatikan kata/frasa yang berwarna merah. Apakah kesalahan yang telah dilakukan? Berikan pendapat anda dan betulkan kesalahan tersebut dalam ruangan comments di bawah.

Punca-punca pencemaran sungai.

Sungai adalah sangat penting kepada manusia dan haiwan kerana sungai dapat menyediakan pelbagai sumber untuk makhluk Tuhan. Namun, sungai pada hari ini telah dicemari oleh manusia yang bersikap tamak dan rakus menodai sungai semata-mata untuk mendapatkan wang untuk hidup dalam dunia yang serba mencabar ini.

Antara punca-punca pencemaran sungai ialah pembuangan sisa-sisa toksik atau makanan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Mereka ingin mencari jalan pantas untuk menghapuskan sisa-sisa tersebut tanpa memikirkan akibat yang akan dialami oleh semua pihak terutamanya hidupan akuatik di dalam sungai tersebut. Manusia seharusnya menggunakan cara yang betul untuk menghapuskan sisa-sisa yang dapat mencemari sungai.

Di samping itu, kegiatan pembalakan yang tidak terkawal juga menyumbang kepada punca-punca berlakunya pencemaran sungai. Kayu-kayu yang ditebang ini akan dihanyutkan ke sungai dan seterusnya ke kilang-kilang memproses kayu-kayu yang terletak berhampiran. Sisa-sisa kayu yang tertinggal di paras sungai akan menyebabkan hidupan akuatik tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.

Selain itu, pembuangan sampah-sarap oleh manusia juga menyebabkan pencemaran sungai berlaku. Sampah-sarap yang bertaburan di dalam sungai akan menyebabkan kehidupan hidupan akuatik terjejas dan banyak ikan akan mati sekiranya mereka termakan plastik-plastik sampah-sampah tersebut. Manusia tidak seharusnya membuang sampah ke dalam sungai kerana ini akan menjejaskan kualiti bekalan air dan manusia jugalah yang menghadapi kesulitan untuk mendapatkan bekalan air yang bersih dan selamat.

Kesimpulannya, manusia seharusnya berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran sungai sebelum sungai lebih teruk dicemari seperti peribahasa 'sediakan payung sebelum hujan'. Kita seharusnya menyayangi sungai yang amat berharga dan berguna kepada semua makhluk Tuhan dan bukannya mencemari sungai.

5 comments:

Anonymous said...

Cikgu, maaf. Sebenarnya, saya tidak ingin 'leave comment' tetapi cikgu terima tak karangan saya? dan juga email saya? Saya telah hantar karangan saya pada 17 Nov. Tetapi saya tidak terima balik karangan yang telah dibetulkan -Jerlynn

Nor Lezah aka Cikguliz said...

Jerlynn, cikgu tak ada terima karangan Jerlynn. Boleh hantar balik tak?

Anonymous said...

Cikgu, ada receive tak?? - Jerlynn

Nor Lezah aka Cikguliz said...

ada, terima kasih. Sekarang tenagh sibuk dengan Yearbook. kemudian saya akan uplod di sini.

shen chen said...

'Antara' maksud ada banyak, tetapi anda tulis lagi punca-punca[punca- punca maksudnya banyak juga]
pembetulan:Antara punca......