Wednesday, February 25, 2009

Bandar Idaman

Pelajar-pelajar 5Sc1 secara berkumpulan telah mereka bentuk pelan Bandar Idaman masing-masing. Tiga kumpulan telah mempersembahkan bandar masing-masing dengan baik sekali. Setiap bandar mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan mempunyai sebab yang sangat jelas tujuan pembinaannya. Tahniah!


Bandar Selesa - Bandar Sempurna
Bandar C & M - Bandar Teknologi
Bandar Gembira - Bandar dalam Taman


Setelah selesai pembentangan dilaksanakan, semua pelajar dikehendaki menuliskan karangan tentang petempatan idaman mereka dengan merujuk soalan 2 karangan respons terbuka SPM 2008. Selamat menulis.

Tuesday, February 24, 2009

Ujian Bulanan 1

Jangan lupa bahawa Ujian Bulanan pertama akan diadakan pada minggu depan. Walaupun ini hanya ujian bulanan, jangan ambil mudah kerana ini adalah salah satu cara untuk kita menilai keupayaan kita dalam pelajaran kita; sejauh mana kita telah memahami apa yang diajarkan setakat ini. Kita juga akan dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kita. Selepas ujian dan markah telah diperoleh, jangan lupa untuk membuat analisa. Mana-mana yang baik dan merupakan kekuatan kita, catatkan dan pastikan kita akan melakukan perkara yang sama atau lebih baik lagi pada masa yang akan datang. Yang penting sekali, ujian akan dapat menunjukkan kekurangan dan kelemahan kita. Kita perlu akui kelemahan kita dan berusahalah untuk membaikinya. Lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah tersebut. Catatkan dan apakah langkah strategik tersebut. Senaraikan satu persatu, dan lakukan berdasarkan keupayaan kita. Jumpa guru untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat.
Ingat, lakukan segera langkah-langkah pembaikan; jangan sudah terhantuk baru terngadah. Namun, biar jatuh terletak, jangan jatuh terhentak dan yang penting sekali - sediakan payung sebelum hujan. Ingat.... jangan sangka panas hingga ke petang, ada kemungkinan hujan pada waktu tengah hari. Bersedialah untuk sebarang kemungkinan.

Wednesday, February 11, 2009

Sementelahan dan tambahan pula

Ada artikel menarik tentang perkara ini di Blog Cikgu Ghalib. Sila rujuk di sana.

http://agy7500.blogspot.com/2009/02/sementelahan-dan-tambahan-pula.html