Sunday, January 4, 2009

Selamat bekerja...

Salam,

Ucapan ini adalah untukku setelah saya berehat selama 2 hari tanpa kerja-kerja Yearbook dan kerja sekolah. Ya, akhirnya kerja-kerja tersebut dah selesai dan sekarang saya nak lupakan hal yearbook dan nak menumpukan perhatian saya kepada tugas-tugas seorang guru terutama guru BM dan Perdagangan terutamanya untuk pelajar-pelajar tingkatan 5. Wah, saya bersemangat ni...



Langkah pertama yang saya akan lakukan ialah dengan mengumpulkan karangan-karangan pelajar dan mencetaknya. Esok saya akan buat MOU dengan pelajar-pelajar 5 SC1 kerana esok hanya dapat bertemu dengan mereka. Yang lain mungkin pada hari selasa atau pada hari rabu. Kepada pelajar-pelajar 5 Sc1, esok jangan lupa bawa buku latihan. (macamlah mereka baca blog saya pada masa ni). Tak mengapa, saya ada langkah penyelesaian.



Langkah kedua? Biarkah langkah pertama selesai dulu.

Kepada semua pelajar, selamat tahun baru dan selamat belajar dengan gembira.